Sunday, May 5, 2013

Hari penting..

assalamualaikum....

malam ni aku tak dapat nak lelapkan mata...walaupun badan penat..tapi otak taknak rehat...asyik berfikir...berfikir dan berfikir....takpela...bukannya menyusahkan orang lain......

kenapa aku tak boleh tido?

takkan nak cerita kat cni...huu..yang penting aku sahaja yang tau.....esok my first time nak keluar mengundi....tapi sekarang masih berjaga....undilah dengan bijak tuk esok yer...selamat malam blogger...

Tuesday, January 15, 2013

cemburu ker...

assalamualaikum.....

kali ni entri yang baru jugak terjadi dalam hidup aku...
cerita yang berkaitan hidup aku yang orang lain kisahkan....
bunyi macam negatif..tapi aku faham setiap kesenangan bermula dengan kesusahan...
dan setiap yang bahagia mesti melalui satu saat yang sangat menguji masing2 supaya lebih banyak bersabar...

begitu yang ku cuba gambarkan betapa aku bahagia sekarang dengan dia...saat2 manis mula mekar hari demi hari...aku biarkan apa kata orang..kerana bukan orang lain yang melalui saat seperti kami....

biar pahit pada mulanya...tapi aku berharap pengakhiran cerita kami sangat menarik...cuma kadang2 kami diuji dengan mulut2 laser yang berperanan sebagai batu api simpanan...yang akan keluar bila diperlukan sahaja..

aku faham semua orang ada perasaan cemburu..tapi daripada cemburu kenapa tak sendiri yang mencari kebahagiaan..aku sedar ada mata2 yang memandang , bergosip..tapi bagi aku kalau orang yang tak pernah berenang jangan sibuk nak mengajar orang berenang..bunyinya seperti tegang ayat tu...tapi aku juga faham yang dia takpernah dapat merasa seperti mana yang dia nampak...

nasihat aku hentikanlah...apa kata mendoakan kami lebih bahagia dari sekarang...itu lebih baik daripada mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati...dia pun bukan orang lain...dalam satu bumbung jugak...
jauh di sudut hati aku, aku selalu mendoakan dia lebih bahagia dari sekarang...terima kasih atas setiap teguran yang membina..kami anggap yang dia pun menegur untuk diri sendiri...supaya sama2 ingat....selamat malam... ;)


untukmu

jerrypah - aizat


Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah


Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya



p/s suka lagu ni...lirik pun best..untuk pikapingusaya.com..

Tuesday, November 13, 2012

sudah berubah

assalamualaikum semua..selamat petang

kali ini hati ini lebih membuak2 nak bercerita
bukannya disebabkan apa atau disebabkan sesiapa..
hati ini rasa ingin kembali menulis..

diri aku, aku rasakan semakin berlainan dengan yang dulu..
aku rasakan lebih bersemangat untuk mewarnai jalan hidupku...
sehingga detik ini, aku banyak rasakan pengalaman baru..

pengalaman yang kadang2 pahit dan kadang2 manis..
ingin sekali aku gambarkan pada semua bagaimana hidupku skarang..
sangat berlainan dengan yang dulu..

aku kini lebih positif untuk terus bergerak kehadapan..
semakin jauh perjalananku, semakin luas pengetahuan ku..
untuk bercerita semua di satu entri, agak sukar bagi aku.. : )

tapi untuk bercerita satu pada satu entri, sudah mencukupi..
aku tak mahu bercerita apa2..
cukup aku katakan antara yang penting dalam hidupku adalah dia..

biar dia tau yang dia sentiasa berada dalam senarai yang penting dalam hidupku..
jadi, biar aku mulakan dengan dia dan akan beralih ke topik lain bila sampai masanya..

aku cukup bahagia bersama dia..
banyak aku lalu bersama dia...
membuatkan sedikit demi sedikit aku semakin mendapat rentak...

walaupun banyak kali mencuba...aku takkan putus asa...
biar ia mengambil masa yang lama..
tu baru dikatakan indah bukan... : p

aku akui sejak mula aku bekerja, hidupku agak kelam kabut..
mana tak nya..semua perlu diselesaikan sendiri...
tapi dia banyak membantu...

ingin aku katakan..walau banyak halangannya..
aku tak kisah..asalkan setiap dari halangan tu membuatkan aku naik ke tahap yang lain...
itu lagi baik bukan...

Thursday, July 26, 2012

bulan ramadhan kali ini

Setiap kali tibanya bulan ramadhan, aku selalu berazam untuk jadi lebih baik...

Setiap perlakuan seboleh-bolehnya akan aku jaga sebaiknya. tapi setiap benda yang kita terlalu jaga akan menyebabkan kita akan senangnya membuat kesilapan. 
bagi aku setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.. 

Kerana itulah akan wujudnya seseorang teman tujuannya untuk menjaga tingkah laku kita.begitu juga dengan kehidupan kita..seperti mane semua orang tahu dan sedar,kita ada seseorang yang menjaga kita dalam kehidupan kita...iaitu penjaga dan orang2 yang sentiasa menyayangi kita.aku mempunyai orang yang aku sayangi dan menyayangi aku seadanya. aku bersyukur di atas pemberian ini..

 Terima kasih untuk semua tu..pesanan aku buat semua sentiasalah kita berubah menjadi lebih baik tak kira siapa diri kita sebelum ini.

Di bulan ramadhan ini aku ingin memohon maaf sekiranya selama ini ada salah dan silap..kepada semua yang mengenali aku...InsyaAllah kita semua boleh dibimbing kearah yang lebih baik dan lebih sempurna.Amin

Friday, July 13, 2012

ingatlah siapa diri kita

siapa diri kita dahulu menybabkan siapa kita sekarang...
siapa diri kita sekarang akan menampakkan siapa kita akan datang...
siapa kita akan datang membuktikan apa yang kita pernah ubah..
apa sahaja yang kita pernah ubah...ingatlah satu perkara...

jangan menyesal kerana berlakunya perubahan itu..kerana tanpa perubahan itu,kita semua takkan melalui jalan yang kita lalui sekarang..


p/s; sebelum tido teringat beberapa perkara...sebelum terlupa lebih baik curahkan terus..

Saturday, March 31, 2012

istimewanya dia....

Dia yang teristimewa....


hidupku sangat berubah selepas mengenali si dia...
banyak perubahan yang berlaku....
semua tindakan ku berubah selepas mengenali hatinya...
kini kau mendapat tempat dalam hatiku....

gelak tawanya sangat unik berbanding gadis yang lain....
sifat keibuan jelas ku nampak dari matanya....
tidak kurang juga sifat keanak2an nya...

itu membuat dia sangat unik...
dia mampu membuat aku tersenyum dengan hanya senyumannya..
dia mampu membuat aku berfikir dengan setiap pertanyaannya...
aku tahu aku sayang dia lebih dari segalanya...

tapi langit tak selalunya cerah..
adakala mendung datang menyinggah...
ada suka duka perjalanan ini..
dia mengajar aku erti sesebuah kata...
jangan bercakap sembarangan...
jika tidak mahu memakan diri..
itu pesanan yang melekat dalam kepala ku

orang kata kami  kontra dari sifat dan perwatakan...
tapi bagiku itu satu keunikan yang melengkapkan satu sama lain..
dan terbukti...walaupun susah...masih boleh bertahan...
walaupun banyak cabaran, itu semua perkara biasa..


aku mengaku kali ini sangat berlainan...
aku banyak belajar bagaimana menjaga orang lain selain diriku..
aku berharap ko sentiasa disisiku.
supaya aku tidak pernah sunyi dalam hidup ni....

kaulah yang teristimewa dalam hidupku....
aku harap kau selalu memahami aku..
dan terimalah aku seadanya...

p/s : entri khas untuk dia... dia ni lah...... 

akukah aku.....

aku tetap aku yang dulu...
dalaman aku tetap sama...
ingatan ku tetap seperti dulu...

tapi adakah semua orang begitu?

adakah semua orang seperti dulu?
adakah dalaman mereka tetap sama?
adakah ingatan mereka juga seperti dulu....

entahla.mungkin hanya aku yang berfikir camtu...
semua manusia akan berubah...mentaliti dan juga fizikal...
aku rasa semua takkan sama....

apa yang berlaku sekarang semua orang boleh ingat..
apa yang berlaku dulu tiada siapa boleh jamin boleh ingat..


jika mereka berubah,sudah pasti akan jadi lain....
jika mereka punyai hidup baru sudah pasti ada perubahan...

itu tak boleh,ini tak boleh...mesti ada yang dihadkan....
jadi..kenalah bersedia dari sekarang..untuk menghadapi masa akan datang..








Tuesday, February 14, 2012

hidup sebenar ku lalui

1st of all..aku menulis bukan dipaksa...bukan juga sebab terpaksa...
aku menulis datangnye dari hati dan diekspresikan melalui entri2 ku...
aku tau ada insan yang akan meluangkan masa di blog ku...terima kasih..

kali ini biarlah aku mulakan dengan cerita yang dah lama aku simpan...
buat pengetahuan semua..kali ini hidup aku dan environment yang mempengaruhi aku telah banyak mengubah segalanya...aku semakin tenang melalui hidup ini...aku tinggalkan buat sementara waktu untuk melihat jalan hidupku nanti....bukan niatku untuk terus melupakan...tapi hanya sementara sahaja..

buat teman2 aku yang selama ini mengenali diri ini...aku bukan lagi seperti dulu...maksudku aku bukan lagi budak2 yang hanya memandang 2 ke 3 tahun kehadapan...tapi kini aku lebih kepada perancangan masa depan aku iaitu keluarga dan kerjaya ku....

aku faham dan percaya yang rezeki ada di mana2....tak kisah dimana jua aku berada...aku percaya,jika ia ditentukan untuk aku, aku bersyukur...dan jika belum sampai rezeki untukku,aku akan terus berusaha sehingga ia tercapai....

mengenai hidupku sekarang sangat berubah...aku melalui satu fasa baru dalam hidupku...berjumpa dengan realiti kehidupan dan kali ini aliran ataupun paksi hidupku telah berubah....disebabkan oleh perkara yang baru aku belajar saban hari....

aku belajar erti sebenar apa yang dimaksudkan dengan realiti hidup di luar sana...ini bukan lah perkara yang baru bagiku...kerana sebelum ini aku dihadapkan dengan bermacam2 cabaran untuk mengenal dunia...jatuh bangun semua aku pernah merasai...aku pernah merasa bagaimana hidup diatas dan macam mana hidup bawahan....

untuk pengalaman baru ku ini,aku bersyukur dikurniakan apa yang dimiliki sekarang...dengan apa yang aku ada,aku ingin mencari dan menimba ilmu tak kira dimana aku berada....dan dengan tu aku ingin menjadi seorang yang gigih dalam mencari ilmu dunia.....

semua ini akan berubah insyaAllah....dengan izinnya.......

sekian dariku....

Thursday, January 12, 2012

ini betul2 bukan CUBAAN

assalamualaikum...

malam ni entri aku mengisahkan tentang seorang sahabat.
sahabat yang telah lama aku kenal..
bertahun lamanya aku berkenalan dengan beliau..
setiap dari benda yang baik ataupun nakal pasti dia menjadi antara orang2 terawal yang akan aku cerita..
setiap benda baik yangaku jumpa,aku pasti dia akan tau melalui aku...
tak kisahla sama ada dia setuju atau pun tidak..dia tetap akan memberikan komen yang aku boleh terima..

kali ni aku betul2 teringat pada celoteh dia..kenakalan sahabat ku itu..hampir setiap hari aku mengisi hari aku bersama si dia..sudah tentu dia sahabatku yang paling kau sayang dan hormati...

kenapa aku tiba2 menulis mengenai dia?

walaupun siapa dia,tapi dia banyak mengajar aku,membantu aku,dan banyak menyokong aku walaupun bukan semua.tapi aku berterima kasih kerana selama ni banyak pertolongan yang diberikan..
aku tak kisah setiap pengorbanan kalau untuk sahabat ku...

sekarang dia berada jauh dari KL..dan akhirnya disebabkan keadaan dan waktu,kami berpisah..huhu..dia akan mulakan hidup dia selepas ni di johor bahru dan aku pun akan memulakan hidup baru selepas ni...aku tau ini bukan kali terakhir aku berjumpa dengan dia...tapi untuk dia selalu kesini bukan mudah...itu aku terpaksa akur...tapi setiap kenangan yang berlalu selama lebih 7 tahun mengenali dia..menjadi kenangan manis pada aku..terima kasih sahabat...

aku ingin berjanji pada diri ku ini...walau macam mane pun hidup aku nanti...aku takkan lupakan insan istimewa dalam hidupku dan sahabat2 ku...tanpa mereka aku takkan mudah berdiri kalau tidak diteguhkan dengan orang2 yang pernah dan sedang berada dalam hidupku ini... :)

Friday, November 18, 2011

''traffic light'' kehidupan........

percaya tak hidup ni macam ''trafic light''?
sepanjang perjalanan kita dalam hidup ni tak semuanya akan sentiase hijau....
kadang2 kita perlu bersedia apa saja yang terjadi dalam hidup kita jika kita terjumpa dengan kuning...
tapi tak semua perjalanan kite tu berjalan lancar....
kadangkala ia akan bertukar pada merah.....kite terpakse berhenti....

bile semua masalah kita dah kite selesaikan....
kita akan start melalui journey or perjalanan kite pada tahap seterusnya....
jarang kite dengar orang yg xde masalah dalam hidup....
so hidup kite ibarat sebuah ''traffic light''.......
ada masanya perjalanan kite akan kurang masalah.... sepanjang perjalanan sentiasa hijau...
tapi adakalanya hidup kita memerlukan kita berhenti dan berfikir sebentar....itu warna merah...sementara kita meneruskan hidup, cube fikir yang traffic light pun kadang2 rosak n menyusahkan org lain....sebab lalulintas boleh menjadi kucar kacir....

so,hidup kite pun kadang2 akan kucar kacir...tapi masalah tu kena diselesaikan satu persatu....ibarat membaikinya kembali...die akan sentiase bertukar tukar selagi x rosak...so hidup mesti diteruskan walaupun pahit... :)

birthday ku kali ini

1st thing baru nak update kan..birthday 4/11.(baru surprise skit)
kali ni birthday ku paling tak boleh dilupakan...haha...geramnye kat korang,korang n korang...
tapi ape2 pun thanks sebab korang still ade untuk aku....walaupun tak ramai tapi aku puas hati sebab watak2 utama ade skali...thanks to syafiqa aziz(gf),soffian ap(bff),nurul zaimi(bff),aiman(adik),lala(aiman gf),atin(adik),fariz(kawan atin),ryan(kawan atin)...

berminggu yang lepas birthday aku...tak sangka kaki prank selama ni terkena gak..haha...ape yang berlaku ek...panjang ceritanya...sebab tnya kat diorg seminggu diorg plan benda tu...susah payah kan...thanks...

kali ni aku dah seminggu x kua dengan die..bukan nak g mane pun...atleast nak g makan...tapi die banyak wat hal...(mencurigakan),tapi sampai ke birthday aku pun die still wat tak tau...macam xde ape2...smpai ke hari lahir ku 4/11 diorang rupenye dah rancang tuk prank aku...kesian aku...

citernye biarla aku n kawan2 yang tau....(sape2 yang terlibat tau la kan....)so x perlu la nak cerita kat cni...sebab tujuan aku tulis kat cni untuk bacaan n tuk simpanan sahaja...ape yang ku tau,aku akan ingat birthday aku time masuk 25 tahun...takkan boleh aku lupe....thanks sume

p/s: sory lambat publish.. thanks pada cik kitty saya..sebab wat sy cmtu....birthday awk pun x lame lagi...hehehe...ingat2...

planning?

Planning  = Perancangan

tanpa perancangan yang terperinci or detail apa pun tak boleh nak buat...
aku percaya setiap dari plan yang dibuat mesti mempunyai sebab..

aku mempunyai satu misi dalam jangka masa pendek dan panjang..
tapi ape yang aku perlukan ialah sokongan orang2 yang paling dekat dengan aku untuk same2 dalam misi kali ni...aku dah pun ada senarai siapa yang aku perlukan dan aku memerlukan mereka untuk same2 berada didalam impian aku supaya perjalanan lebih mudah dan sekaligus dapat juga membantu mereka...


paham ke mereka?

apa yang aku perlukan tak banyak..hanya orang2 yang sanggup susah senang ngan aku n same2 ngn aku...
bunyinye seperti aku saje yang lebih..tapi xpe..bagiku setiap dari seseorang punyai kelebihan...dan same2 gunakan kelebihan masing2 dan same2 dapat keuntungan...

aku akan mencari dan mencari....sehingga masa yang sesuai,aku akan bagitau....tq...

p/s: satu hari nanti akan tibe...pasti akan tibe.... semua ni di inspirasikan www.scentbyariesya.com

Saturday, September 24, 2011

Benci

benci tu apa?

macam2 boleh jadi kalu benci...
macam aku,aku juga ada benci pada sesuatu...
aku benci pada diri aku...sebab diri aku selalu amik mudah segala benda...
aku tak bermaksud untuk membenci ciptaan tuhan...
tapi maksud yang cuba aku sampaikan,aku benci pada sikap dan kelakuan aku...
sebab kedua2nya masih tidak berada pada tahap yang lebih baik...
kadang2 leka,masalah yang sama akan muncul...aku tetap amik mudah...
sekarang umur aku dah meningkat....dan aku tak nak berada pada takuk yang lama...
aku benci kalu aku tak dapat mengembirakan hati semua orang bile aku tak dapat menyampaikan apa yang patut smpai pada fikiran diorang......

itu aku...

tapi aku tau benci jugak ada benda yang positif boleh berlaku...
benci ni kalau kena pada orang yang betul....dan dia sedar...benci tu boleh mengubah jadi pada suka...
sekarang ni ade jugak orang yang benci belajar,benci menulis,benci melukis,benci macam2 lagi...
tapi tu diorang...diorang tak menentukan pe yang aku akan jadi kan kalau aku sendiri x ubah...

macam mana nak ubah?

aku tau aku benci pada semua tu...tapi ade orang pernah cakap...kadang2 kite lebih berjaya lakukan benda yang kita tak suka ataupun benci daripada melakukan benda yang kite suka.....tak tau sejauh mana statement tu....skang ni aku cuba untuk ubah yang satu ni dulu....kebencian yang menjadi kesukaan....
aku mohon semua supaya doakan aku dapat mengatasi kebencian ni.....

p/s:study hard or study smart....yang penting study.....hmm kat mane2 pun kne belaja.... :)

Saturday, September 10, 2011

kasih sayang itu penting....

ape maknanya kasih sayang?
mungkin tak ramai yang dapat rasa or feel kan...
kalau orang yang kurang kasih sayang,kita boleh nampak...
kadang2 orang yang macam ni kita tak boleh salahkan....
bagi mereka kasih sayang tu hanya untuk sesetengah orang sahaja....

tapi pada yang cukup kasih sayang juga bahaya....
kerana jika mereka terlalu diberi kasih sayang,pun boleh jadi pelik...
pada aku,kasih sayang yang aku terima selama ni aku sangat bersyukur...

kadang2 orang yang kurang dapat mereka seolah2 tak paham apa sebenarnya maksud tersurat dan tersirat...
sebelum aku pergi lebih jauh.aku ingin memohon maaf pada sesiapa yang ada kaitan dengan apa yang aku katakan nanti...

journey hidupku  berubah setelah aku sedar betapa pentingnya kasih sayang dalam hidup ni...aku sangat bersyukur kerana aku lahir dalam suasana yang mempunyai nilai-nilai yang baik....aku berterima kasih pada orang2 yang telah banyak memahami diriku ini...tanpa semua itu,hidupku ibarat tanpa warna dan corak hidupku pasti akan berubah jika aku kurang mendapat apa yang diperlukan....

sehingga ke hari ini,aku dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan kasih sayang....kerana bagiku itu suatu benda yang susah untuk aku paham dan susah untuk aku tunjukkan pada orang lain.....sebenanya aku masih lagi belajar mengenal sedalam-dalamnya erti kasih dan sayang tu..tak kira lah daripada sesiapa sahaja...
ada yang menunjukkan kasih dan sayang kerana sesuatu dan ada juga yang ikhlas untuk menyumbang sedikit kepada ku...walaupun sedikit tapi cukup terkesan didalam diri aku....

jadi,didalam entri ni,aku nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu aku melalui hidup ni dengan penuh warna warni...tidak kira diwaktu senang dan susah ku.....sesungguhnya bagiku kasih sayang tu tidak boleh dijual beli...tidak boleh dicari di kedai dan dengan itu juga aku sangat bersyukur dipertemukan dengan insan2 yang berada bersama ku tidak kira senang dan susah...

aku rasa cukup setakat ini,entri berkenaan dengan kasih sayang.....journey hidup aku akan bersambung dan takkan putus sampai bile2....so kepada bloggers yang ade,sama2 kita doakan supaya perjalanan hidup kita penuh dengan pelajaran dan pengajaran.... :)

Tuesday, August 16, 2011

Carta Hati- Najwa Latif


Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku
Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah
Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya


jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati
kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

p/s; istimewa untuk awak syafiqa aziz.....

Tuesday, June 28, 2011

biarkan....

biarkan...

biarkan apa kata mereka....yang penting diriku sendiri yang menentukan hidup aku..

biarkan...

biarkan apa sahaja anggapan orang selagi apa yang aku buat ke jalan yang benar....
suatu hari nanti mereka akan tau menilai yang mana baik dan yang mana yang buruk....
mana yang benar dan mana yang salah.....

biarkan....

siapa yang memandang,siapa yang menilai diriku....yang penting aku akan terus bergerak kehadapan....
sesiapa yang menyokong atau sesiapa yang membantah...tak perlu aku kisahkan....
apa yang perlu,walaupun sesusah mana jalan yang aku ambil,aku bersedia dengan apa yang bakal ku hadapi sepanjang jalan ku...dan aku hanya perlu berfikir dan perlu menumpukan dengan apa yang bakal aku capai di hujung jalan....

biarkan...

biarkanla walau tiada sesiapapun yang percaya...walaupun bagiku dialah orang yang sepatutnya faham dan sentiasa berada dibelakang ku tatkala aku melalui hidup yang penuh mencabar....

tapi aku percaya...dengan apa yang aku usahakan di saat ini akan dapat hasil yang berbaloi....biarkan apa orang nak anggap dan apa orang lain akan rasa...yang penting hanya aku yang melaluinya...bukan orang lain.....

dan semestinya......

aku redha dengan apa ketentuannya jika aku belum layak untuk mengecapinya, aku akan terus berusaha..dan sekiranya aku sudah layak untuk memilikinya,aku berdoa supaya ia kekal sampai bila2......insyaALLAH......aminn....

Friday, June 3, 2011

wee yang banyak berjasa......

aku tak tau kenapa aku perlu menulis pada benda yang tidak bernyawa....
tapi diam tak diam...die sentiase berada bersame ku...tak kire siang atau pun malam....
1st thing first...aku bersyukur kerana aku dipertemukan dengan die...die seperti teman yang selalu bersamaku tatkala kegembiraan datang dan tatkala kesedihan dan cabaran datang menduga....

bagiku,die tak pernah memberikan masalah yang besar padaku...
cuma sesekali die akan mintak dimanja dan dibelai....itu bagiku perkara biase
walaupun aku tahu dan sedar yang die tak punya perasaan,tapi aku tahu yang die akan setia bersamaku setiap masa...walaupun die tidaklah muda dan tidaklah terlalu tua,die tetap banyak mengajar aku sepanjang perjalananan hidupku ini....huhu..

mungkin orang lain tak pernah merasai pengalaman sebagaimana aku merasai pahit manis bersama die...banyak kenangan antara aku dan die.....dan mungkin juge orang lain tidak sanggup untuk menjaga die....

kerana apa?

erm mungkin bagi insan lain,teman yang selalu menemaninye masih mude dan kuat...boleh diajak pergi kemane saje...pantas dan tak banyak meragam.....bagiku wee selalu mengajar aku erti sabar....
aku pernah berhasrat untuk menggantikan wee dengan yang lain...tapi baru ku sedar yang wee banyak berjasa...tanpa die,aku takkan sampai ke tahap ini....aku berjanji pada diriku yang aku takkan menggantikan die dengan yang lain...apa yang aku akan lakukan,aku akan cari peneman tuk wee aku....kerana bagiku wee sangat istimewa....insyaAllah

kali ini entri yang aku tulis ialah untuk benda yang aku sayang dan banyak berjasa bagiku.....
pada entri akan datang,aku akan tuliskan pula untuk orang2 yang paling aku sayang.......

walau ape2 pun terima kasih wee....kau banyak mengajar ku erti tak putus asa,apa nilainya erti kesabaran....

sebuah pertemuan.....

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina


Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


Friday, April 29, 2011

ape2 sajer....

selalunya ape yang kita nak susah tuk kite dapat....
tapi kita tak sedar benda yang kita miliki sekarang orang lain susah untuk dapatkan...
so sebenarnya kita patut bersyukur apa sahaja yang kita ada..
dengan siapa yang ada bersama-sama kita..

kerana apa?

kerana semua itu hanya sementara....
sampai masa akan tiba masa untuk orang lain mempunyai apa yang kita pernah miliki...
orang cakap hidup ni umpama aiskrim....nikmatilah ia sebelum ia cair.......


setiap manusia akan diberi ujian....
bila?bagaimana?dimana?
tiada siapa yang dapat meramal....


aku bersyukur dengan setiap pemberian pada diriku ini...kerana aku tau suatu hari nanti dengan pengalaman dan pengajaran sepanjang hidupku ini akan dapat mengubah seseorang menjadi lebih baik.....