Tuesday, November 13, 2012

sudah berubah

assalamualaikum semua..selamat petang

kali ini hati ini lebih membuak2 nak bercerita
bukannya disebabkan apa atau disebabkan sesiapa..
hati ini rasa ingin kembali menulis..

diri aku, aku rasakan semakin berlainan dengan yang dulu..
aku rasakan lebih bersemangat untuk mewarnai jalan hidupku...
sehingga detik ini, aku banyak rasakan pengalaman baru..

pengalaman yang kadang2 pahit dan kadang2 manis..
ingin sekali aku gambarkan pada semua bagaimana hidupku skarang..
sangat berlainan dengan yang dulu..

aku kini lebih positif untuk terus bergerak kehadapan..
semakin jauh perjalananku, semakin luas pengetahuan ku..
untuk bercerita semua di satu entri, agak sukar bagi aku.. : )

tapi untuk bercerita satu pada satu entri, sudah mencukupi..
aku tak mahu bercerita apa2..
cukup aku katakan antara yang penting dalam hidupku adalah dia..

biar dia tau yang dia sentiasa berada dalam senarai yang penting dalam hidupku..
jadi, biar aku mulakan dengan dia dan akan beralih ke topik lain bila sampai masanya..

aku cukup bahagia bersama dia..
banyak aku lalu bersama dia...
membuatkan sedikit demi sedikit aku semakin mendapat rentak...

walaupun banyak kali mencuba...aku takkan putus asa...
biar ia mengambil masa yang lama..
tu baru dikatakan indah bukan... : p

aku akui sejak mula aku bekerja, hidupku agak kelam kabut..
mana tak nya..semua perlu diselesaikan sendiri...
tapi dia banyak membantu...

ingin aku katakan..walau banyak halangannya..
aku tak kisah..asalkan setiap dari halangan tu membuatkan aku naik ke tahap yang lain...
itu lagi baik bukan...

No comments:

Post a Comment