Sunday, November 28, 2010

aku tersentuh....

semalam hari yang benar2 menyentuh hatiku....
selain daripada menjadi pengapit kawan baik ku......izuan ibrahim...
aku tersentuh ketika berjumpa seorang insan...
seorang insan yang mirip pada seseorang....
seseorang yang aku kenal...tapi ceritaku berkisah tentang seorang atok
yang menyebabkan aku rasa tersentuh tentang gelagatnya....

bagiku untuk seorang yang meningkat usia....
mereka menjadi semakin lemah....
semakin memerlukan perhatian....
pendengaran dan penglihatan semakin berkurang....
apa saja makanan yang ingin dimakan sudah semakin susah untuk dikunyah...
setiap benda yang dilakukan memerlukan pertolongan.....

semua itu membuatkan aku berfikir...
membuatkan aku tersedar....
aku juga semakin berusia...dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ni...
hatiku tertanya-tanya.....bagaimana nasib ku bile seusia dengan insan yang berpangkat sepertinya......
hampir 100 tahun hidup...dan bermacam2 asam garam kehidupan yang pernah dilalui.....
apa situasi yang membuatkan aku dapat mengetahui betapa banyaknye pengorbanan insan tersebut
membuatkan aku hiba hingga terleka tentang situasi...

sebenarnye aku tersentuh...kesabaran seorang cucu melayan orang tua....
sabar melayan kerenahnya.....kerana org tua dihadapannya pernah mengajar erti kehidupan...
dan aku bangga menjadi rakannya kerana die juga banyak membantu ku mengenal betapa luas nya dunia.....=)

p/s: tangan yang pernah melindungi anda memerlukan anda disaat die lemah dan tak berdaya lagi untuk melindungi anda....dengan itu saja kita akan mengingati bukan kita sorang yang sentiasa muda....
suatu hari jika diizinkan....kite juga akan meningkat tua.....jagalah kesihatan famili dan juga kita sendiri....

Tuesday, November 16, 2010

berapa kuat agaknya??

pagi ni aku update blog ku...
dalam keadaan yang sangat dingin...
aku terpanggil tuk meluahkan di ruangan ini....
bermacam2 perkara yang bermain dalam kepala ku...

sekejap lagi last paper tuk exam kali ni...
last paper untuk aku bertarung sampai habis dalam sem ni....
sekuat mana aku bertahan selama ini....
segala rintangan dapat aku lalui....walaupun pahit....
aku lalui.....tanpa dilupakan pada yang manis......

fikiran ku bercampur berbagai persoalan.....
berapa kuat kah...
berapa lame kah..
kawan2 seperjuangan aku dah mengakhiri zaman belajar...
ada yang berkahwin dan ada yang dah berkeluarga...

tapi aku punyai plan aku sendiri.....aku punyai jalan hidup ku....
yang masih panjang lagi untuk dicorakkan....
tapi persoalannya.....
berapa kuatkah kita....
berapa kuat kita menahan segala yang datang pada kita?
persoalan yang orang lain belum tentu boleh menterjemahkannya....

tapi...walau apapun....berapa kuat pun kita,berapa lemah pun seseorang tu....
dia mesti bergerak kehadapan....
jangan sesekali toleh kebelakang.......:p

p/s: it ain't about how hard you get hit,its about how hard you can get hit and moving forward.... =)

Monday, November 8, 2010

insyaAllah......we'll find the way

Every time i feel like i cannot go on
  i feel so lost
That i am so alone
All i is see is night
And darkness all around
  i feel so helpless
  i can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray 
Ya Allah

Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 
Insya Allah 
Insya Allah we`ll find the way

p/s: please help me find my spirit....please show me the way......

Thursday, November 4, 2010

happy birthday to me......hehe

harini genap aku 24 tahun hidup.....
ni birthday yg paling membuatkan aku terharu...
tapi setiap kali umurku bertambah tahun....
aku mesti terfikir apa achievement aku selame ni....
kali ni aku disambut berpuluh2 orang....
disamping keluarga rapat
dan orang yang special dalam hidup ku....
suatu hari nanti siapa tau......

setiap kali umur bertambah...
aku tau bnyak lagi yang belum aku jumpe...
banyak yang perlu ku belajar....
banyak lagi benda yang perlu dikaji...

aku bersyukur kerana dipanjangkan usia....
kerana aku tau banyak lagi benda yang belum selesai...
yang perlu aku explore....
setiap kali tarikh lahir ku...
aku menyimpan azam...
meletakkan target baru....

dan walau macam mana pun aku......
aku bersyukur aku maasih berpeluang menyambut hari kelahiran ku....
dan aku perlu berusaha tak kisah ape sahaja yang aku lalui...
aku akan habiskan sampai abis benda tu......
jika diberi peluang tuk aku ubah aku yang dulu.....
aku tidak akan mengubah diriku yang dulu...
kerana journey yang ku lalui lebih mematangkan aku...
dan jika aku mengubah segalanya dulu.....
tak mungkin aku ku temui hidup sekarang....
tak mungkin aku temui insan2 yang banyak membantu aku sekarang....
dan dengan itu....aku sayang perjalanan hidupku....
tak kisah pahit dan manis......=)

nukilan  hari lahirku........4 november 1986.......=)

Tuesday, October 19, 2010

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya

p/s: copy to the author....

Friday, October 15, 2010

entah ape tah..?

''rest if u must, but don't quit.....

apa maksud yang leh digambarkan dari ayat tu?
aku pun xtau ape yang patut aku huraikan...
otak ku memikirkan benda yang jauh...jauh skali...
tapi xde kesudahannya...apa yang pasti...

hari ni aku kusut....
semua cabaran datang menduga aku....
aku tau aku belum ke tahap itu...
tapi kadang2 benda tu x tertanggung oleh diri sendir....
saat macamnilah aku mencari ketahanan diri....
adil ke diorang wat aku cmni?
pernah ke diorang letakkan diri diorang dalam kasut orang lain?
tak adil sungguh....
siyes aku rasa...

tapi entahla...nak cakap tak tau mane kebenarannya.....
kenapa perlu penting diri?
susah ke untuk berkongsi & memahami orang lain...

ermm...entahla....otak dah penat berfikir...dan terus berfikir...
apa yang tersurat dah pun aku nampak....
semakin kita bersusah payah untuk seseorg....
semakin bnyak cabaran dalam hidup aku......
tapi selagi tu aku takkan berhenti......
yang tersurat biarkan aku berfikir dan mencari seseorang yang layak tuk aku percaya....
biar orang tu paham ape yang aku rasa....

yang penting segala benda yang tersimpul perlu aku leraikan....
setakat ni dan akan datang aku akan tetap melangkah kehadapan....
tapi aku juga manusia biasa...
yang memerlukan seseorang untuk aku terus kuat tuk hadapi semua ni....
insyaALLAH....
aku percaya ada manusia di luar sana yang boleh mengangkat aku di saat aku memerlukan....
manusia yang mampu mengingatkan aku di saat aku terlupa....
dan yang paling penting,manusia yang sama2 mengingatkan aku jika aku lupa siapa aku sebenarnya...supaya aku x cepat mengalah...huhu...

ada lagi ke manusia camtu...?

entahla......
sama2 kite berdoa k..



Tuesday, October 5, 2010

bersalahkah aku?

salah ke aku?
itu hanya persoalan...yang belum ada jawapan....
siapa punca?
soalan bertindih soalan......
betul ke aku ?
masih belum ada jawapan.....
kalu yer pun kenapa aku?
huhu....soalan yang tak patut lalu kat otak ni....
kadang2 semua tak adil.....
kadang2 soalan sentiasa datang dalam hidup kita....
selagi aku tak selesaikan.....
soalan tetap akan datang....sehingga la aku sendiri yang selesaikan....
hidup penuh tanda tanya...
aku akan cuba selesaikan teka teki hidup ku ini....huhu....

aku tak cukup layak lagi ke nak jawabkan tuk orang lain....
aku menganggu hidup orang lain?
x,aku hanya menjalankan tanggungjawab....
aku bukan sempurna.....
aku jugak manusia cm ko...
punyai masalah dan persoalan...

aku masih mengenal dan mengenal....
setiap orang memerlukan orang lain.....
setiap persoalan ada jawapan....
mungkin jawapan pada soalan ko ada pada aku....
mungkin jawapan yang aku nak untuk soalan aku ada pada ko.....
so,kalu aku diperlukan....aku sedia membantu untuk same2 selesaikannye.......huhu.....

Tuesday, September 14, 2010

please remember......

I Am Your Friend
we are far away from each other
But you know that I am here.
You can feel me in your heart
As you enter each new day.

I will always be there for you
I am your friend.

Someone to share the good times
As well as the bad.
I make no judgments by what you say
I just listen with my heart and
Hope to be of help in anyway I can.

I will be there for you now and forever
And always please remember
I am your friend!

Tuesday, September 7, 2010

kosong?

harini tak tau kenapa aku rs kosong...
tanpa ditemani oleh die...
otak berlegar2 mencari idea...
kemane perginye semua?huh...
tapi x semuanya kosong...
otak ku masih lagi banyak nak dipikirkan

cume hati ku berkata...
mana perginya...
jiwa meronta2 mencari jawapan...
rupanya baru ku sedar....
hariku sepi kalu jiwaku x diisi...hihi...
maaf lah diriku...hari ni bukan hari untuk jiwa...
harini masa tuk aku mengisi otak dan poketku kelak....

sabar2,,,banyak lagi masa yg aku ada....
aku perlukan sesuatu untuk mengisi kekosongan ini....erm..
takpe,semua itu perlukan masa yang mengadilinya...
mungkin bukan harini...tapi mungkin boleh jadi esok...

yang penting apa yang aku perlu tau ialah kenali diriku ini...
supaya hatiku sentiasa tenang...dengan adanya 'die' dihatiku...hihi.....

Monday, September 6, 2010

siapa yang curi??

datang tanpa disedari...
x sedar adakah aku yang memanggil
atau pun datang dengan sendiri.....huhu....

kemane perginya....
kemana hilangnya...
kisah yang dulu membuatkan aku mengambil langkah yang sepatutnya....
yang menyebabkan aku terpaksa mencari dan mencari...

mengapa atau bagaimana?
aku x dapat nak gambarkan....huhu...
tapi aku pasti datangnya bersebab.....
yang penting ia telah dicuri....

aku harap ape yang diambil
digunakan sebaik2nya lah ok....hehe

Tuesday, July 13, 2010

hilangnya.....



Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan.. Dalam harapan..

p/s: mungkin awk tak pernah sedar....untuk melupakan niat saya memang boleh...
      tapi untuk melupakan kenangan dulu....susah bagi saya.....
   

Wednesday, July 7, 2010

today to remember.........

hari ni....aku tak tau nak gambarkan perasaan ni....
walaupun berat tapi aku terpaksa lakukan...
macam2 perasaan dalam otak n hati aku...
sedih ade...kecewa ade...tapi aku tetap berpegang pada takdir...

kawan aku cakap ade benda yang kita tak le ubah...jodoh n ajal...
aku percaya pada jodoh...
ape saja perasaan aku,biarlah aku jer yang simpan.....
semua yang terjadi ade hikmahnya....
aku terima ape yang ditentukan.....

aku tak pandai nak menilai hati n perasaan org....
aku berharap aku dapat lupakan dia dengan mudah......
sebab kerana dia banyak benda aku dah ubah..
sebab dia banyak memberi banyak pengajaran dalam hidup aku....

aku harap die bahagia ngan pilihan die...
siapa dalam hati ni aku je yang tau...
yang penting sekarang...aku perlu bina hidup aku...
bina kareer aku....disebabkan oleh die....
aku perlu kuat...n doakan kan kawan2 aku....

satu ayat yang aku dapat....

kalu kita TERLALU sayangkan seseorang tu.....
kita perlu lepaskan dia pergi.....
kerana mungkin dia bukan milikmu....
tapi kalu suatu hari nanti dia kembali.....
percayalah dia tercipta untukmu........

thanks 4 everything.........

Monday, June 28, 2010

kejujuran.....

setiap manusia sepatutnya jujur dalam setiap perkara yang dibuat..
setiap kerja yang dibuat mesti jujur...
sebab apa aku cakap pasal jujur ek?
sebab jujur ada maksud yang sangat besar....

kita kadang2 marah kalau ada orang yang tak jujur...
tapi kita tak pernah terfikir perasaan orang lain kalu kita tak jujur...
sekarang ni aku tak kisah apa orang akan fikir....
selagi aku tau apa yang aku wat..
dan aku tau siapa yang jujur atau tak...

aku harap orang disekeliling aku sentiasa jujur....
aku tak suruh tunjuk baik....
cuma perlu jujur dengan apa yang korang wat...
sebab apa niat yang korang wat...satu hari nanti ada orang lain yang akan balas....

aku tau dan ingat apa yang korang wat....
tapi tak tau korang sedar ke tak....
harap2 sedar la yer...

entah kenapa tiba2 nak tulis...
teringat plak....huhu....
so cam dah panjang plak....
semalam tengok movie citer karate kid...
kat GSC signature garden....

moral dia ialah attitude....
apa yang kita perlu belajar...
selalu ada kaitan ngan hidup kita.....=)

Thursday, June 24, 2010

aku rindu die........

mana die ni....tolong la cas aku balik......huhu
sebab aku terlalu merindui dia....haha
tak tau nape...
tapi hati yang bagitau aku camtu....

tapi takpe....
kalu die free aku nak ajak die kuar...
wat masa ni maybe tak boleh lagi...
nak kata ade pape lum lagi..hikhik..


ok...bye2.....hehe....

Tuesday, June 22, 2010

kepada bapa2.....

sempena hari bapa...aku teringat satu cerita....
yang mana seseorang pernah story kat aku....
dia ada ibubapa yang selalu support n bagi motivation....
so mamat ni pernah berkata yang bapanya ada impian....
tapi selama ni bapak dia memendamkan impian dia...
semua tu untuk mamat ni....

then satu hari mamat ni telah berjanji dia akan menunaikan impian bapak die bila die abis belajar...
waktu tu umur die dah 25 tahun...die berjanji yang die akan kotakan janji die pada umur 30 tahun...
dia akan bagi apa saja yang bapak die mahukan...
tapi pada umur die 27 bapak die pergi meninggalkan die....buat selama-lamanya...

mamat ni sangat sedih sebab tak dapat nak tunaikan janji die...
tapi sekarang ni die dah berumur 30 tahun n hanya tinggal ibunya sahaja...
selepas peristiwa tu terjadi,die berjanji akan menunaikan apa saja yang ibu die mahukan...
bila aku dengar cerita seseorang ni,aku terbayang muka ibu dan bapa ku...
banyak impian die yang belum tercapai....

aku akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan impian die walaupun die tak mintak...
terima kasih mama n papa...

thanks you for who i am.....i love u...

Sunday, June 6, 2010

pada 6 jun 2010....=)LBS

hari ni hari yang paling memenatkan aku sebenarnya....huhu...
tapi dah balik umah br rasa penat...huhu....
perjalanan aku bermula ke rumah kawan aku yang kawin harini....
tahniah kat dia....(aku jer lum lagi)huhu....

harini bnyak mengajar aku erti kesabaran....
sabar menunggu...
sabar menahan lapar
sabar sebab kene marah...
memang banyak la..huhu

tapi aku take it positive...
semua benda tu aku perlu bertenang...huhu....
ade seseorang yg banyak tolong aku hari ni....hhuuhu..
thanks bnyk2 ek.

ade lagi satu cerita....
tadi g tgk cerita lagenda budak setan...
bagi aku memang best giler...
sebab semua jalan cerita die best...
tapi yg x best skit sebab duk yg paling depan....huhu...
sebab penuh...hehe.

tapi terpaksa balik awl....sebab ade prob skit...
aku terlepas pandang rupenyer...huhuhuh...
aku nak mintak maaf kat sape yg aku wat die sakit hati.
n aku anta kawan aku balik kolej die...=)


kesimpulan nya...
harini memang best dapat tgk member kawin,dapat kuar ngan die....n yg kurang skit....kene mara..hehe..

p/s:pada sesiapa yg berkenaan,sory n thnks a lot...hehehe....

Tuesday, May 25, 2010

aku yang kecewa?iyeaker

dah lama tak menulis...
huhu...bunyinye macam kecewa....
tapi sebenarnye ada kekecewaan dalam diriku ini...
aku rasa dah takde orang yang boleh aku percaya dalam hidup ni..
kecuali my hero(parents)

aku adalah insan biasa...
melalui suka dan duka...
dalam perjalanan aku macam2 aku dapat..
yang manis macam gula..yang pahit macam cuka..

aku banyak belajar daripada pisau2 yang mencucuk aku...huhu
n aku tau ape niat aku tuk aku wat sesuatu...
tak pernah ada niat buruk tuk aku wat kat sapa2
cuma orang disekeliling aku yang selalu salah paham...

mungkin aku banyak belajar dari semua orang..
mungkin aku terlalu baik pada semua orang..
n dari situ aku tau n sedar sapa yang tikam belakang aku..
aku kadang2 tak paham kenapa dia wat camtu...

apa yang aku wat tak pernah memburukkan dia...
tapi aku takkan marah dia...
sebab dia juga ada perasaan...
dia juga ada otak nak fikir...
satu hari nanti aku akan pulang kan pisau yang dia letak kat belakang aku...

aku berterima kasih pada dia sebab dia banyak ajar aku...
tapi aku sedar dia bukannya orang yang layak tuk aku kongsi...
sebab erti seorang sahabat tu takde pada dia...
kenapa perlu kita bercerita perkara yang buruk tentang orang lain?
kenapa kita tak belajar dari kelebihan orang tu?

aku takkan salahkan sapa2...
tapi aku nak kawan2 aku tau....
apa yang aku wat tak pernah ada niat buruk...
sekadar nak membantu...
jangan disalah ertikan...

kawan yang betul2 kawan tak patut makan kawan...
tak perlu menceritakan tentang keburukan orang lain....
dan aku tak pernah menyesal sebab aku pernah letakkan usaha aku tuk tolong dia..
cuma dia yang tak paham....

aku jugak teringat kata2 ni...
JANGAN JADI SESAT YANG MENYESATKAN......

Monday, April 26, 2010

saya yang bertuah.....hahaha....

macam tak percaya.....ehehe....
tapi itu la yang saya lalui....
sebelum ni saya percaya dan percaya....

saya diberi peluang tuk join satu program yang besar...
hanya orang yang terpilih jer untuk join event ni...
tapi beberapa hari lalu,member saya call bagitau saya terpilih...
hehe...macam tak percaya....tapi itu la yang jadi...

so,saya akan gunakan peluang yang ada..sebab peluang ni hanya akan datang sekali jer.....
so kena gunakan sebaik-baiknya...huhu...

Tuesday, February 23, 2010

The Climb.............

I can almost see it
That dream I’m dreaming but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they knock me down but
No I’m not breaking
The pain I’m knowing
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

pada saat anda percaya.......

hari ini saya nak share pasal ape yang saya nampak n dengar....
hari ni kawan saya dapat lucky draw trip to BEIJING.....wow...bestnyer.....
saya tertanya2 apekah yang die selalu fikir?
pernahkah die terfikir.....huhu..

tapi kawan saya kongsi dengan semua yang die tak pernah berhenti PERCAYA...(believe)..
die mengingatkan pada diri die sendiri dan orang lain....
setiap kali kita mahukan sesuatu tu...kita perlu percaya yang kita boleh buat....n kalu kita sangat mahukan sesuatu tu..kita perlu PERCAYA yang kita akan dapat jugak...tak kira bila kita akan dapat....tapi dengan action kita sendiri...kita akan dapat juga....itu kata2 kawan saya....

saya suka n akan ingat kata2 die....:)

pada saat anda percaya.....(the moment u believe....)

Tuesday, February 16, 2010

mancing udang....hihi

1st skali saya nak gelak sebab ni kali pertama pancing udang....haha....feel lain....
kalu dulu tengok jer....hehe...best plak rasenye...mule2 memang x reti...bile kita 1st tgk orang wat cam senang je...
bile mancing sendiri pergh...memang menguji tahap kesabaran.....hihi...
ape yang saya nak kasi tau,ada la beberapa benda.....

dalam situasi mancing tadi...sambil termenung leh plak terkait dengan satu situasi...
1- time mule2 datang just tengok jer orang mancing...cam best...
2- tapi lepas 2 amik joran n umpan sendiri...start pancing....
3-hampir satu jam baru dapat sekor...sabar2.....:)
4- hampir dapat udang terlepas...
5- try sampai dapat....2jam pancing....
6-sampai abis masa dapat la 5 ekor....campur yang lain2...
7-bawak udang tu g kedai makan...
8-makan ramai2.....huhu....puas ati....

kesimpulannya....kalu dalam life kita,selalunya kita just tengok je ape orang wat....tapi x pernah cuba untuk tau camne nak wat....cuma orang yang pernah wat je tau feel dia camne....cth macam memancing....hanya orang yang pegang joran jer yang tau feel bile dapat naik kan udang....hehe...berbanding ngan 2 jenis orang...yang hanya tau tengok dari luar kedai and orang yang ade dalam kedai....tapi tak memancing pun....
apa yang saya nak citer ni,kalu kita jadi orang yang pegang joran 2 yang lebih puas ati....daripada orang yg just tgk....hehe....

Sunday, February 14, 2010

Dari seseorang kepada seseorang....

salam...ingin saya memberitahu...ini adalah sebuah cerita yang hanya cerita.....ok...

saya ingin citer pasal ape yang saya lalui...
dulu saya selalu berhadapan dengan benda yg bukan saya suke...
setiap hari saya berdoa supaya saya diberi peluang...
setelah diberi peluang, saya pula diuji dengan kesusahan hidup...
yang mane saya sendiri yang pilih....
saya melalui satu saat yang sukar dimana memerlukan ketabahan diri saya.....
kecekalan hati saya untuk kearah sesuatu...namun ia x semudah yang disangka...
tapi bukanlah susah sangat pun....saya teruskan juga...
saya berfikir mahu memendekkan tempoh kesusahan saya ini...
tapi saya bukan saja berfikir sampai jadi...tapi saya amik tindakan...saya bertindak kearah itu...
saya tak peduli ape org akan kata....yang penting ini untuk hidup saya.....
dan pada saat2 ini....setelah beberapa lama saya mencabar diri saya untuk jadi seseorang...

seseorang itu akan dipandang tinggi jika dia pandai dalam menasihat orang lain...
dan saya mencabar diri saya untuk menjadi kunci pada segala-galanya.....
so dari itu saya akan berubah dari seseorang kepada seseorang.....

p/s; saya berdoa sentiasa....supaya dengan usaha yg ada...saya akan capai ia.....INSYAALLAH....

Thursday, February 11, 2010

katak dibawah kaca.....

setelah sekian lama saya tak update blog...
arini saya nak share apa saya rasa kat blog ni..
dulu2 kita ditanamkan dengan mindset jangan jadi katak dibawah tempurung...
tapi itu pepatah dulu2...zaman sekarang dah berubah...
sekarang dizaman yang moden ni..pepatah tu berubah mengikut peredaran zaman...
sekarang jangan jadi seperti katak dibawah kaca..
sebabnye ramai orang yang nampak apa yang orang sekeliling lakukan....tetapi masih berada ditempat yang sama...kenapa? tanya la diri sendiri...huhu...sebab kita x cuba tuk kuar dari kaca tersebut...supaya dapat tau apa sebenarnya yang berlaku di luar sana....

so,apa2 saja yang kita nampak....jangan biarkan benda tu terlepas begitu saja...kerana masa takkan pernah tunggu kita....dan kita yang kejar masa tu.....ok...selamat malam....hehe

zzzzz.....jap g claz kul 8....so nak tido dulu....