Friday, April 29, 2011

ape2 sajer....

selalunya ape yang kita nak susah tuk kite dapat....
tapi kita tak sedar benda yang kita miliki sekarang orang lain susah untuk dapatkan...
so sebenarnya kita patut bersyukur apa sahaja yang kita ada..
dengan siapa yang ada bersama-sama kita..

kerana apa?

kerana semua itu hanya sementara....
sampai masa akan tiba masa untuk orang lain mempunyai apa yang kita pernah miliki...
orang cakap hidup ni umpama aiskrim....nikmatilah ia sebelum ia cair.......


setiap manusia akan diberi ujian....
bila?bagaimana?dimana?
tiada siapa yang dapat meramal....


aku bersyukur dengan setiap pemberian pada diriku ini...kerana aku tau suatu hari nanti dengan pengalaman dan pengajaran sepanjang hidupku ini akan dapat mengubah seseorang menjadi lebih baik.....

Wednesday, January 26, 2011

Diuji lagi?

aku percaya dengan bermulanya tahun 2011 lebih banyak yang perlu aku tempuh..
aku bersyukur kerana masih boleh menghirup udara di dunia ini
walaupun baru sedikit ujian yang hinggap, aku perlu hadapi dengan tenang...


mungkin bukan setiap orang yang selalu diuji....
mungkin juga seseorang itu diuji dengan dugaan yang  berbeza...
aku juga manusia biasa....
yang tak terlepas dari ujian....
apa yang datang menjenguk ku,ku anggap sebagai hikmah....
sebagai pengajaran untuk masa hadapan.....


sejak kebelakangan ni,aku sering diuji.....
kadang2 aku diuji dengan bermacam keadaan....
tapi bagiku ujian ini tidaklah seteruk orang lain.....
dan aku percaya setiap ujian yang diberi mesti dapat dihadapi dan diselesaikan...
kadangkala aku buntu....untuk mencari jawapan....


tapi ingatlah!


ada manusia yang diuji dengan kesenangan...supaya dia lupa erti kesusahan.....
ada manusia yang diuji dengan kesusahan...supaya dia sentiasa mencari erti kesenangan....


bagiku,setiap ujian dan dugaan pasti ada jalan penyelesaian.....
jadi,aku akan lalui setiap daripadanya...tak kisah berapa lama masa yang akan diambil.....

Thursday, January 6, 2011

Tahun 2011......

sampai ke hari ini dah masuk hari ke enam dalam 2011.....
diam tak diam dah bertambah bilangan umurku jika mengikut tahun..
banyak yang ku lalui pada tahun 2010....
banyak kenangan yang mengajar aku....
dan aku percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya.....

tapi untuk tahun 2010,cerita pahit dan manis hanya tinggal sejarah....
dan kini bermula la cerita untuk tahun yang baru......
semua kisah2 ataupun cerita2 yang baru perlulah bermula dengan tema yang baru.....
dalam tahun yang baru iaitu 2011 aku memulakan langkah yang baru bersama azam yang baru....

kini aku memulakan tahun 2011 dengan tema yang dipanggil BERUBAH ataupun PERUBAHAN.....
untuk kedua2 ayat tersebut menunjukkan sesuatu perkara ataupun benda yang perlu ku ubah......
ayat ringkas yang memberikan makna yang besar dan kadang2 orang susah nak buat....
perkataan tu mudah untuk diungkapkan tapi sebenarnya susah hendak dilakukan.....

tapi bagiku ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan hidupku.....
aku perlu melakukan perubahan pada diriku....
azam baru ku untuk tahun ini ialah berubah.....
tidak perlu mengulangi kesilapan lalu....
aku percaya setiap perubahan kearah kebaikan akan mendatangkan hasil yang baik.....dan positif....
aku percaya setiap manusia ingin berubah....tapi aku tau kadang2 perubahan tu bukan saja kearah yang positif...tapi kadang2 akan pergi kepada sudut yang negatif....

dengan itu....aku berjanji pada diriku.....yang pada tahun 2011....banyak perubahan yang akan aku laksanakan....tak kisah walau apapun cara yang aku perlu lakukan....aku takkan berputus asa....biar lambat...asalkan selamat tiba pada destinasi hidup ku....biar apa pun yang terjadi dalam hidup ku....aku tetap akan belajar untuk memperbaikinya supaya lebih ke arah kebaikan.......aku berharap dengan tema baru ku ini akan mengubah sedikit sebanyak tentang diriku........insyaAllah.....
 

Sunday, November 28, 2010

aku tersentuh....

semalam hari yang benar2 menyentuh hatiku....
selain daripada menjadi pengapit kawan baik ku......izuan ibrahim...
aku tersentuh ketika berjumpa seorang insan...
seorang insan yang mirip pada seseorang....
seseorang yang aku kenal...tapi ceritaku berkisah tentang seorang atok
yang menyebabkan aku rasa tersentuh tentang gelagatnya....

bagiku untuk seorang yang meningkat usia....
mereka menjadi semakin lemah....
semakin memerlukan perhatian....
pendengaran dan penglihatan semakin berkurang....
apa saja makanan yang ingin dimakan sudah semakin susah untuk dikunyah...
setiap benda yang dilakukan memerlukan pertolongan.....

semua itu membuatkan aku berfikir...
membuatkan aku tersedar....
aku juga semakin berusia...dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ni...
hatiku tertanya-tanya.....bagaimana nasib ku bile seusia dengan insan yang berpangkat sepertinya......
hampir 100 tahun hidup...dan bermacam2 asam garam kehidupan yang pernah dilalui.....
apa situasi yang membuatkan aku dapat mengetahui betapa banyaknye pengorbanan insan tersebut
membuatkan aku hiba hingga terleka tentang situasi...

sebenarnye aku tersentuh...kesabaran seorang cucu melayan orang tua....
sabar melayan kerenahnya.....kerana org tua dihadapannya pernah mengajar erti kehidupan...
dan aku bangga menjadi rakannya kerana die juga banyak membantu ku mengenal betapa luas nya dunia.....=)

p/s: tangan yang pernah melindungi anda memerlukan anda disaat die lemah dan tak berdaya lagi untuk melindungi anda....dengan itu saja kita akan mengingati bukan kita sorang yang sentiasa muda....
suatu hari jika diizinkan....kite juga akan meningkat tua.....jagalah kesihatan famili dan juga kita sendiri....

Tuesday, November 16, 2010

berapa kuat agaknya??

pagi ni aku update blog ku...
dalam keadaan yang sangat dingin...
aku terpanggil tuk meluahkan di ruangan ini....
bermacam2 perkara yang bermain dalam kepala ku...

sekejap lagi last paper tuk exam kali ni...
last paper untuk aku bertarung sampai habis dalam sem ni....
sekuat mana aku bertahan selama ini....
segala rintangan dapat aku lalui....walaupun pahit....
aku lalui.....tanpa dilupakan pada yang manis......

fikiran ku bercampur berbagai persoalan.....
berapa kuat kah...
berapa lame kah..
kawan2 seperjuangan aku dah mengakhiri zaman belajar...
ada yang berkahwin dan ada yang dah berkeluarga...

tapi aku punyai plan aku sendiri.....aku punyai jalan hidup ku....
yang masih panjang lagi untuk dicorakkan....
tapi persoalannya.....
berapa kuatkah kita....
berapa kuat kita menahan segala yang datang pada kita?
persoalan yang orang lain belum tentu boleh menterjemahkannya....

tapi...walau apapun....berapa kuat pun kita,berapa lemah pun seseorang tu....
dia mesti bergerak kehadapan....
jangan sesekali toleh kebelakang.......:p

p/s: it ain't about how hard you get hit,its about how hard you can get hit and moving forward.... =)

Monday, November 8, 2010

insyaAllah......we'll find the way

Every time i feel like i cannot go on
  i feel so lost
That i am so alone
All i is see is night
And darkness all around
  i feel so helpless
  i can`t see which way to go

Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah 
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah 
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray 
Ya Allah

Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 
Insya Allah 
Insya Allah we`ll find the way

p/s: please help me find my spirit....please show me the way......

Thursday, November 4, 2010

happy birthday to me......hehe

harini genap aku 24 tahun hidup.....
ni birthday yg paling membuatkan aku terharu...
tapi setiap kali umurku bertambah tahun....
aku mesti terfikir apa achievement aku selame ni....
kali ni aku disambut berpuluh2 orang....
disamping keluarga rapat
dan orang yang special dalam hidup ku....
suatu hari nanti siapa tau......

setiap kali umur bertambah...
aku tau bnyak lagi yang belum aku jumpe...
banyak yang perlu ku belajar....
banyak lagi benda yang perlu dikaji...

aku bersyukur kerana dipanjangkan usia....
kerana aku tau banyak lagi benda yang belum selesai...
yang perlu aku explore....
setiap kali tarikh lahir ku...
aku menyimpan azam...
meletakkan target baru....

dan walau macam mana pun aku......
aku bersyukur aku maasih berpeluang menyambut hari kelahiran ku....
dan aku perlu berusaha tak kisah ape sahaja yang aku lalui...
aku akan habiskan sampai abis benda tu......
jika diberi peluang tuk aku ubah aku yang dulu.....
aku tidak akan mengubah diriku yang dulu...
kerana journey yang ku lalui lebih mematangkan aku...
dan jika aku mengubah segalanya dulu.....
tak mungkin aku ku temui hidup sekarang....
tak mungkin aku temui insan2 yang banyak membantu aku sekarang....
dan dengan itu....aku sayang perjalanan hidupku....
tak kisah pahit dan manis......=)

nukilan  hari lahirku........4 november 1986.......=)