aku percaya dengan bermulanya tahun 2011 lebih banyak yang perlu aku tempuh..
aku bersyukur kerana masih boleh menghirup udara di dunia ini
walaupun baru sedikit ujian yang hinggap, aku perlu hadapi dengan tenang...
mungkin bukan setiap orang yang selalu diuji....
mungkin juga seseorang itu diuji dengan dugaan yang berbeza...
aku juga manusia biasa....
yang tak terlepas dari ujian....
apa yang datang menjenguk ku,ku anggap sebagai hikmah....
sebagai pengajaran untuk masa hadapan.....
sejak kebelakangan ni,aku sering diuji.....
kadang2 aku diuji dengan bermacam keadaan....
tapi bagiku ujian ini tidaklah seteruk orang lain.....
dan aku percaya setiap ujian yang diberi mesti dapat dihadapi dan diselesaikan...
kadangkala aku buntu....untuk mencari jawapan....
tapi ingatlah!
ada manusia yang diuji dengan kesenangan...supaya dia lupa erti kesusahan.....
ada manusia yang diuji dengan kesusahan...supaya dia sentiasa mencari erti kesenangan....
bagiku,setiap ujian dan dugaan pasti ada jalan penyelesaian.....
jadi,aku akan lalui setiap daripadanya...tak kisah berapa lama masa yang akan diambil.....
No comments:
Post a Comment