Thursday, January 6, 2011

Tahun 2011......

sampai ke hari ini dah masuk hari ke enam dalam 2011.....
diam tak diam dah bertambah bilangan umurku jika mengikut tahun..
banyak yang ku lalui pada tahun 2010....
banyak kenangan yang mengajar aku....
dan aku percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya.....

tapi untuk tahun 2010,cerita pahit dan manis hanya tinggal sejarah....
dan kini bermula la cerita untuk tahun yang baru......
semua kisah2 ataupun cerita2 yang baru perlulah bermula dengan tema yang baru.....
dalam tahun yang baru iaitu 2011 aku memulakan langkah yang baru bersama azam yang baru....

kini aku memulakan tahun 2011 dengan tema yang dipanggil BERUBAH ataupun PERUBAHAN.....
untuk kedua2 ayat tersebut menunjukkan sesuatu perkara ataupun benda yang perlu ku ubah......
ayat ringkas yang memberikan makna yang besar dan kadang2 orang susah nak buat....
perkataan tu mudah untuk diungkapkan tapi sebenarnya susah hendak dilakukan.....

tapi bagiku ini semua adalah sebahagian daripada perjalanan hidupku.....
aku perlu melakukan perubahan pada diriku....
azam baru ku untuk tahun ini ialah berubah.....
tidak perlu mengulangi kesilapan lalu....
aku percaya setiap perubahan kearah kebaikan akan mendatangkan hasil yang baik.....dan positif....
aku percaya setiap manusia ingin berubah....tapi aku tau kadang2 perubahan tu bukan saja kearah yang positif...tapi kadang2 akan pergi kepada sudut yang negatif....

dengan itu....aku berjanji pada diriku.....yang pada tahun 2011....banyak perubahan yang akan aku laksanakan....tak kisah walau apapun cara yang aku perlu lakukan....aku takkan berputus asa....biar lambat...asalkan selamat tiba pada destinasi hidup ku....biar apa pun yang terjadi dalam hidup ku....aku tetap akan belajar untuk memperbaikinya supaya lebih ke arah kebaikan.......aku berharap dengan tema baru ku ini akan mengubah sedikit sebanyak tentang diriku........insyaAllah.....
 

No comments:

Post a Comment