Dalam hidup kita ni macam2 yang kita perlu tempuh...kadangkala memang merumitkan, kadangkala amat menyenangkan. kita tak boleh jangka apa yang kita patut atau perlu tempuh dalam hidup kita..
kita tak dinafikan akan berjumpa dengan ramai orang, berbagai bentuk persekitaran..dan kadangkala semua ni mematangkan kita untuk tempuh apa sahaja..
Dikala usia muda, kita memang menempuh berbagai zaman,kanak2,remaja dan dewasa...tapi pernah ke kita belajar dari kesilapan dulu...aku bertanya pada diri aku sendiri...selama ini kita seringkali terlupa untuk mengenang zaman ketika kita meningkat dewasa...apa yang kita pernah buat sepanjang kita hidup...semua tu selalu aku terbayang..kenangan banyak mengajar kita..termasuk diri aku sendiri...
Apabila kita bercampur dalam realiti masyarakat, baru kita tahu nilai sebenar diri kita...itu semua hanya kita yang dapat menilai...aku terfikir apa pengorbanan yang aku telah buat selama aku hidup..memang tak banyak. tapi apa yang aku cuba explore aku seboleh-boleh takkan susahkan orang lain.aku tak kisah apa kawan2 ataupun orang sekeliling akan fikir..aku yang tentukan hidup aku sendiri..
Aku banyak belajar erti kehidupan...dan aku akan sentiasa belajar..dalam setiap pandangan mata manusia akan memandang setiap benda dari sudut berbeza...sesetengah manusia akan nampak apa yang berlaku jauh kedepan....dan ada manusia yang hanya berfikir untuk hari ini dan semalam...
ya, memang setiap manusia tak sempurna termasuk aku...tapi cuba kita sama2 berfikir, tiap2 orang punyai latarbelakang keluarga yang berlainan..tapi pernahkah kita terfikir untuk mengubah sejarah lama..supaya menjadi lebih baik...aku ada terbaca satu blog yang banyak mengajar erti kehidupan...pahit ke manis ke...kita tetap kena lalui...mungkin sekarang pahit bagi aku...tapi aku tau apa hasilnya satu hari nanti...aku tak kisah apa orang akan kata....
sekian dulu entri aku kali ni....
No comments:
Post a Comment