Sunday, May 5, 2013

Hari penting..

assalamualaikum....

malam ni aku tak dapat nak lelapkan mata...walaupun badan penat..tapi otak taknak rehat...asyik berfikir...berfikir dan berfikir....takpela...bukannya menyusahkan orang lain......

kenapa aku tak boleh tido?

takkan nak cerita kat cni...huu..yang penting aku sahaja yang tau.....esok my first time nak keluar mengundi....tapi sekarang masih berjaga....undilah dengan bijak tuk esok yer...selamat malam blogger...

Tuesday, January 15, 2013

cemburu ker...

assalamualaikum.....

kali ni entri yang baru jugak terjadi dalam hidup aku...
cerita yang berkaitan hidup aku yang orang lain kisahkan....
bunyi macam negatif..tapi aku faham setiap kesenangan bermula dengan kesusahan...
dan setiap yang bahagia mesti melalui satu saat yang sangat menguji masing2 supaya lebih banyak bersabar...

begitu yang ku cuba gambarkan betapa aku bahagia sekarang dengan dia...saat2 manis mula mekar hari demi hari...aku biarkan apa kata orang..kerana bukan orang lain yang melalui saat seperti kami....

biar pahit pada mulanya...tapi aku berharap pengakhiran cerita kami sangat menarik...cuma kadang2 kami diuji dengan mulut2 laser yang berperanan sebagai batu api simpanan...yang akan keluar bila diperlukan sahaja..

aku faham semua orang ada perasaan cemburu..tapi daripada cemburu kenapa tak sendiri yang mencari kebahagiaan..aku sedar ada mata2 yang memandang , bergosip..tapi bagi aku kalau orang yang tak pernah berenang jangan sibuk nak mengajar orang berenang..bunyinya seperti tegang ayat tu...tapi aku juga faham yang dia takpernah dapat merasa seperti mana yang dia nampak...

nasihat aku hentikanlah...apa kata mendoakan kami lebih bahagia dari sekarang...itu lebih baik daripada mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati...dia pun bukan orang lain...dalam satu bumbung jugak...
jauh di sudut hati aku, aku selalu mendoakan dia lebih bahagia dari sekarang...terima kasih atas setiap teguran yang membina..kami anggap yang dia pun menegur untuk diri sendiri...supaya sama2 ingat....selamat malam... ;)


untukmu

jerrypah - aizat


Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah


Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya



p/s suka lagu ni...lirik pun best..untuk pikapingusaya.com..

Tuesday, November 13, 2012

sudah berubah

assalamualaikum semua..selamat petang

kali ini hati ini lebih membuak2 nak bercerita
bukannya disebabkan apa atau disebabkan sesiapa..
hati ini rasa ingin kembali menulis..

diri aku, aku rasakan semakin berlainan dengan yang dulu..
aku rasakan lebih bersemangat untuk mewarnai jalan hidupku...
sehingga detik ini, aku banyak rasakan pengalaman baru..

pengalaman yang kadang2 pahit dan kadang2 manis..
ingin sekali aku gambarkan pada semua bagaimana hidupku skarang..
sangat berlainan dengan yang dulu..

aku kini lebih positif untuk terus bergerak kehadapan..
semakin jauh perjalananku, semakin luas pengetahuan ku..
untuk bercerita semua di satu entri, agak sukar bagi aku.. : )

tapi untuk bercerita satu pada satu entri, sudah mencukupi..
aku tak mahu bercerita apa2..
cukup aku katakan antara yang penting dalam hidupku adalah dia..

biar dia tau yang dia sentiasa berada dalam senarai yang penting dalam hidupku..
jadi, biar aku mulakan dengan dia dan akan beralih ke topik lain bila sampai masanya..

aku cukup bahagia bersama dia..
banyak aku lalu bersama dia...
membuatkan sedikit demi sedikit aku semakin mendapat rentak...

walaupun banyak kali mencuba...aku takkan putus asa...
biar ia mengambil masa yang lama..
tu baru dikatakan indah bukan... : p

aku akui sejak mula aku bekerja, hidupku agak kelam kabut..
mana tak nya..semua perlu diselesaikan sendiri...
tapi dia banyak membantu...

ingin aku katakan..walau banyak halangannya..
aku tak kisah..asalkan setiap dari halangan tu membuatkan aku naik ke tahap yang lain...
itu lagi baik bukan...

Thursday, July 26, 2012

bulan ramadhan kali ini

Setiap kali tibanya bulan ramadhan, aku selalu berazam untuk jadi lebih baik...

Setiap perlakuan seboleh-bolehnya akan aku jaga sebaiknya. tapi setiap benda yang kita terlalu jaga akan menyebabkan kita akan senangnya membuat kesilapan. 
bagi aku setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.. 

Kerana itulah akan wujudnya seseorang teman tujuannya untuk menjaga tingkah laku kita.begitu juga dengan kehidupan kita..seperti mane semua orang tahu dan sedar,kita ada seseorang yang menjaga kita dalam kehidupan kita...iaitu penjaga dan orang2 yang sentiasa menyayangi kita.aku mempunyai orang yang aku sayangi dan menyayangi aku seadanya. aku bersyukur di atas pemberian ini..

 Terima kasih untuk semua tu..pesanan aku buat semua sentiasalah kita berubah menjadi lebih baik tak kira siapa diri kita sebelum ini.

Di bulan ramadhan ini aku ingin memohon maaf sekiranya selama ini ada salah dan silap..kepada semua yang mengenali aku...InsyaAllah kita semua boleh dibimbing kearah yang lebih baik dan lebih sempurna.Amin

Friday, July 13, 2012

ingatlah siapa diri kita

siapa diri kita dahulu menybabkan siapa kita sekarang...
siapa diri kita sekarang akan menampakkan siapa kita akan datang...
siapa kita akan datang membuktikan apa yang kita pernah ubah..
apa sahaja yang kita pernah ubah...ingatlah satu perkara...

jangan menyesal kerana berlakunya perubahan itu..kerana tanpa perubahan itu,kita semua takkan melalui jalan yang kita lalui sekarang..


p/s; sebelum tido teringat beberapa perkara...sebelum terlupa lebih baik curahkan terus..

Saturday, March 31, 2012

istimewanya dia....

Dia yang teristimewa....


hidupku sangat berubah selepas mengenali si dia...
banyak perubahan yang berlaku....
semua tindakan ku berubah selepas mengenali hatinya...
kini kau mendapat tempat dalam hatiku....

gelak tawanya sangat unik berbanding gadis yang lain....
sifat keibuan jelas ku nampak dari matanya....
tidak kurang juga sifat keanak2an nya...

itu membuat dia sangat unik...
dia mampu membuat aku tersenyum dengan hanya senyumannya..
dia mampu membuat aku berfikir dengan setiap pertanyaannya...
aku tahu aku sayang dia lebih dari segalanya...

tapi langit tak selalunya cerah..
adakala mendung datang menyinggah...
ada suka duka perjalanan ini..
dia mengajar aku erti sesebuah kata...
jangan bercakap sembarangan...
jika tidak mahu memakan diri..
itu pesanan yang melekat dalam kepala ku

orang kata kami  kontra dari sifat dan perwatakan...
tapi bagiku itu satu keunikan yang melengkapkan satu sama lain..
dan terbukti...walaupun susah...masih boleh bertahan...
walaupun banyak cabaran, itu semua perkara biasa..


aku mengaku kali ini sangat berlainan...
aku banyak belajar bagaimana menjaga orang lain selain diriku..
aku berharap ko sentiasa disisiku.
supaya aku tidak pernah sunyi dalam hidup ni....

kaulah yang teristimewa dalam hidupku....
aku harap kau selalu memahami aku..
dan terimalah aku seadanya...

p/s : entri khas untuk dia... dia ni lah......