Tuesday, October 19, 2010

Jangan kecewakan orang yang mencintai kamu.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya

p/s: copy to the author....

Friday, October 15, 2010

entah ape tah..?

''rest if u must, but don't quit.....

apa maksud yang leh digambarkan dari ayat tu?
aku pun xtau ape yang patut aku huraikan...
otak ku memikirkan benda yang jauh...jauh skali...
tapi xde kesudahannya...apa yang pasti...

hari ni aku kusut....
semua cabaran datang menduga aku....
aku tau aku belum ke tahap itu...
tapi kadang2 benda tu x tertanggung oleh diri sendir....
saat macamnilah aku mencari ketahanan diri....
adil ke diorang wat aku cmni?
pernah ke diorang letakkan diri diorang dalam kasut orang lain?
tak adil sungguh....
siyes aku rasa...

tapi entahla...nak cakap tak tau mane kebenarannya.....
kenapa perlu penting diri?
susah ke untuk berkongsi & memahami orang lain...

ermm...entahla....otak dah penat berfikir...dan terus berfikir...
apa yang tersurat dah pun aku nampak....
semakin kita bersusah payah untuk seseorg....
semakin bnyak cabaran dalam hidup aku......
tapi selagi tu aku takkan berhenti......
yang tersurat biarkan aku berfikir dan mencari seseorang yang layak tuk aku percaya....
biar orang tu paham ape yang aku rasa....

yang penting segala benda yang tersimpul perlu aku leraikan....
setakat ni dan akan datang aku akan tetap melangkah kehadapan....
tapi aku juga manusia biasa...
yang memerlukan seseorang untuk aku terus kuat tuk hadapi semua ni....
insyaALLAH....
aku percaya ada manusia di luar sana yang boleh mengangkat aku di saat aku memerlukan....
manusia yang mampu mengingatkan aku di saat aku terlupa....
dan yang paling penting,manusia yang sama2 mengingatkan aku jika aku lupa siapa aku sebenarnya...supaya aku x cepat mengalah...huhu...

ada lagi ke manusia camtu...?

entahla......
sama2 kite berdoa k..



Tuesday, October 5, 2010

bersalahkah aku?

salah ke aku?
itu hanya persoalan...yang belum ada jawapan....
siapa punca?
soalan bertindih soalan......
betul ke aku ?
masih belum ada jawapan.....
kalu yer pun kenapa aku?
huhu....soalan yang tak patut lalu kat otak ni....
kadang2 semua tak adil.....
kadang2 soalan sentiasa datang dalam hidup kita....
selagi aku tak selesaikan.....
soalan tetap akan datang....sehingga la aku sendiri yang selesaikan....
hidup penuh tanda tanya...
aku akan cuba selesaikan teka teki hidup ku ini....huhu....

aku tak cukup layak lagi ke nak jawabkan tuk orang lain....
aku menganggu hidup orang lain?
x,aku hanya menjalankan tanggungjawab....
aku bukan sempurna.....
aku jugak manusia cm ko...
punyai masalah dan persoalan...

aku masih mengenal dan mengenal....
setiap orang memerlukan orang lain.....
setiap persoalan ada jawapan....
mungkin jawapan pada soalan ko ada pada aku....
mungkin jawapan yang aku nak untuk soalan aku ada pada ko.....
so,kalu aku diperlukan....aku sedia membantu untuk same2 selesaikannye.......huhu.....